Tukar Telefon Anda Dari Liabilit Kepada Aset Dengan Mudah

Friday 22 February 2013

Orang lain berniaga, saya pun nak juga berniaga...


Kebelakangan ini ramai orang yang berniaga terutamanya melalui internet.  Maklumlah ramai yang nak jadi usahawan internet.  Cuba kita layari facebook, rata-rata kita lihat ahli-ahli poskan komen mengenai perniagaan.  Saya percaya ramai dikalangan kita mempunyai akaun facebook, malahan YAB Perdana Menteri kita pun ada akaun facebook.

Laman facebook sebenarnya laman sosial lebih untuk kita bersosial dan berinteraksi dengan ahli.  Tapi kebelakangan ini di negara kita terutamanya, banyak sangat "penyalahgunaan" facebook dilakukan... iaitu lebih kepada saluran atau media untuk berniaga.  Saya katakan "disalahgunakan" kerana cara mereka gunakan sebagai media untuk berniaga itu tak betul.  Bayangkan wall kita hari-hari dipenuhi dengan post-post berkaitan perniagaan tudunglah, minyak wangilah, ubat kuatlah... yang rata2 kita tak minta.  Ada pula yang berani post sesuka hati kepada orang yang tak dikenali... ini spamming namanya.  Kalau perkara ini kerap dilakukan anda akan menghadapi risiko untuk diblacklist oleh facebook.

Tak salah menggunakan facebook sebagai media untuk berniaga tetapi ada caranya yang betul dan tidak melanggar etika dan syarat yang ditetapkan oleh facebook.
Ramai yang berjaya melonjakkan perniagaan mereka melalui penggunaan facebook dengan cara yang diterima oleh facebook.

Melihatkan begitu ramainya yang telah berjaya menjadi usahawan internet, saya percaya anda pun ada menanam minat untuk berniaga dan berjaya dalam perniagaan internet.

Selamat berjaya!

http://www.clickinginternet.com/mesinjualaninternet

No comments:

Post a Comment